Thursday, August 16, 2012

Harini penuh dgn senyuman palsu.

Assalamualaikum....
Lama betul kan saya menyepi?Lama betul kan saya menghilangkan diri?Lama betul kan saya tinggalkan dunia blog?Ya. Lama betul. Mungkin ini semua atas faktor kesebokan dgn kerja-kerja.Sampai takde masa lansung nak berblogging. 

Tapi harini entah kenapa hati ini berbisik suruh update blog.Mungkin kerana hati kurang senang.Hati sedih.Hati pilu.Kesian dgn hati saya.Kalau boleh,Tiap-tiap hari dia akan sakit.Setiap hari ada je luka baru yg menghiris padahal luka lama tu pun belum sembuh.Mohon hati saya sabar dan teruskan bersabar.Orang sabar ni Allah sayang. 

Harini,Banyak betul senyuman palsu yg saya ukirkan pada orang dalam rumah ni. Pandai betul saya berlakon buat-buat okay.Buat-buat takde masalah. Buat-buat saya lah orang paling gembira di dunia ni. Padahal, Saya sedang berduka. Ya! Saya sedih. Sedih sgt. Dah taktau dah apa yg akan jadi pada hubungan ini kelak. Punah ke? Hmm Tuhan je yang tahu. Kerna Dia itu sebaik-baik perancang! 
Saya rindu dia. Dari awal pagi saya tunggu sampai sekarang ni lansung satu message pun tak di tinggalkannya. Satu misscall pun tak masuk dalam fhone saya. Saya tak faham kenapa. Nak dikata takde kredit, Kenapa saya call awak pun awak tak angkat? Pelik. Mungkin harini awak betul-betul nak tinggalkan saya kot? Entahlah. Saya serah semua ni pada Tuhan. Saya redha dgn apa je yg akan jadi dalam masa terdekat ni. 

Memang betul ya,Kalau kita ikhlas maafkan dia. Bahagia itu akan datang dgn sendiri tanpa kita cari dan tanpa kita minta. Saya cuba! Saya akan cuba maafkan segala kesilapan awak yg awak buat pada saya. Takk semua orang kuat, tabah dan berjiwa kental dan ia termasuklah juga AKU! Mmg kadang-kadang aku nampak releks,cool dan kuat untuk semua ni tapi bila sekali hati ini menangis dan tak mampu buat apa-apa, Maksud aku buat itu tak boleh, Buat ini tak boleh dan itu sebabnya aku penat. Aku dah letih dgn semua ni. 

Tuhan tu adil. Adil sangat. Sekejap dia beri derita. Sekejap dia beri bahagia. Itu sebab dia nak uji tahap kesabaran hamba dia. Bagi aku, Aku je yg boleh rasa semua tu skrg sebabnya aku sorang je yg tengah hadap benda ni. Setiap hari ada je benda yg tak kena. Terjadinya perbalahan antara kami sampai aku sendiri maki dia tanpa aku sedar. Dan bila dah sedar sungguh aku rasa tak patut betul buat mcm tu. Tabahnya dia melayani perangai aku. Tabahnya dia berhadapan dgn perempuan mcm aku. Bagi aku, antara aku dan dia mungkin hati dia lebih banyak terguris kerana perbuatanku. Aku selalu sangat pikir negatif pada dia. Selalu sgt marah tak tentu pasal. Ya! Dia pun kata dalam diri aku penuh dgn emosi dan aku lebih suka bertindak mengikut perasaan dan buat keputusan tatkala kemarahan sedang bermaharajalela tanpa memikirkan lansung hati dia yg terluka kerana aku. Sungguh aku tidak patut.

Dengan kesempatan masa yang ada ni aku dengan penuh rasa bersalah memohon maaf pada dirimu kerana telah banyak menyusahkan dirimu. Terima kasih untuk semua barang&hadiah yg awak beri pada saya. Saya harap itu semua ikhlas. Ikhlas dari hati. Saya takkan buang semua tu. Lebih-lebih lagi bear HelloKitty yg awak beri tu. Tiap-tiap hari dia teman saya tidur. Hmm :-( Kalau benar hubungan ini berakhir disini, Ku harapkan dirimu berbahagia selalu tanpa aku. Ku harapkan aku dapat lihat pengantiku dalam masa terdekat ini supaya aku tak susah hati sebab ada orang lain yg akan ganti tempat aku. Yg akan kejut kau kalau kau tidur lama. Yg akan selalu nasihatkan kau. Semoga suatu  hari nanti kebahagiaan yg kau jumpa selama ni kau akan jumpa. Aku tahu kau lansung tak bahagia dgn aku. Aku mohon maaf tak dapat bahagiakan kau. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat awak yg saya sayangi. 
Yg terakhir buat saya adalah Awak.....
Mohd Afandy bin Mazlan. 

With love,
Fatihah Fairuddin

No comments:

Post a Comment