*Saya mohon maaf baju kali ini berlengan pendek*
Assalamualaikum. Entry ini saya mohon takkan jadi entry sampah masyarakat yg bersepah mcm entry-entry saya yg lain! Entry kali ini, Memang saya tujukan khas. Ya khas buat sang pencinta yg telah menambat hati saya masuk harini 2.5.2012 cukup 11 bulan saya dan dia bina mahligai cinta. *Ah beriye* Tp kenapa harini jgk semuanya hancur? Saya tak pernah minta semua ni terjadi. Saya tak pernah doa mcm ni "Semoga suatu hari nanti, aku putus dgn dia" Tak! Aku takpernah :'(
Aku cuma selalu doakan bahawa semoga hubungan ini kekal hingga ke jinjang pelamin supaya semua boleh makan nasi minyak di kenduri kahwin FatihaFandy kelak. Tapi semuanya hancur, Kau faham tk hancur? Jadi, Impian kau semua nak makan nasi minyak aku dah hancur juga. Maka silalah makan nasi minyak di kedai mamak yg berdekatan. Aku mohon maaf pada semua yg mengharapkan hubungan aku dgn dia kekal.
Aku tak kuat berhadapan dgn situasi sebegini rupa. Seriously memang aku tak kuat. Menangis itu lah aku bila tak kuat hadapi semua ni. Rasa nak pergi gunung mana-mana dan menjerit sekuat hati sampai suara takda seminggu. Pun ok jugak? Biar semua stress ni hilang. Tp kata ibu, Ambil wuduk solat baca quran. Konfem lebih tenang! Aku akan buat itu sebentar lagi. Aku taknak semua ni menganggu perjalanan exam aku yg dah tinggal berapa hari je lagi ni. Ah! Stressss nya. Semoga semuanya lepasni berakhir dgn baik. Tiada yg berdendam dgn aku. Aku mohon. Sesungguhnya aku bukan seorang perempuan yg kuat! Aku cukup lemah. Aku lebih lemah bila aku takde tempat nak mengadu tentang situasi yg aku alami skrg ni. Ada sesiapa yg sudi dengar? Hermmmm *crying*
*gambar ni untuk awak. Saya masih mampu tersenyum. Tapi hakikatnya senyuman ini dusta*
Dear Mohd Afandy b. Mazlan,
Lepas ni dah tiada lagi org yg akan menyusahkan hati kau, Lepas ni dah takda lagi org yg akan hanta text panjang-panjang mcm nak mintak simpati supaya diberi perhatian lebih. Lepas ni dah takda lagi org yg akan marah-marah kau, berleter panjang lebar sampai kau nak tertidur. Semua yg aku selalu buat pada kau lepas ni dah takda lagi. Aku mohon kau jgn rindu semua ni. Aku mohon kau lupakan aku, Dan cari penganti yg lebih sesuai dgn kehidupan kau yg sekarang ni. Aku tak layak. Kau faham aku tak layak? Ermmmm, *lap air mata*
Mohd Afandy,
Aku mohon kau jaga diri sebaik mungkin. Aku mohon kau ingat semua pesan aku. Aku mohon kau teruskan hidup. Jangan persiakan hidup yg kau ada skrg. Aku akan sentiasa doakan kau.
Cukup ah! Aku taktau nak tulis apa lagi. Hati ni sebak. Hati ni sedih. Hati ni tak boleh terima semua ni. Tapi aku akan cuba kuatkan diri demi masa depan aku.
Cuma aku nak kau tahu, Aku sayang kau sangat! Kau faham tu? Aku rindu kau. Dan lepasni aku akan rindu kita. Assalamualaikum.........
Maaf semua! Aku nak lari dari Malaysia. Aku akan menyepi lama. Mungkin! Kau semua, Aku mohon jangan rindu aku! Semoga kamu semua tenang disamping yg tersayang. Assalamualaikummm.......
No comments:
Post a Comment