Wednesday, November 21, 2012

Perginya yang Tersayang

Assalamualaikum duhai semua pembaca setia blog yg serba serbi tiada apa ni.Aku kembali menulis disini dengan hati yang sedih dan penuh dengan luka yang belum sembuh.Aku menulis kali ini menggunakan smartfhone ku gara-gara laptop semuanya diguna oleh manusia-manusia yang sibuk menyiapkan kerja.Jadi,Segala jnis typo yg engkau baca nanti mohon engkau diam-diam saja.

Cuaca yang agak sejuk malam ni tidak lansung menghalang aku untuk meluahkan segala isi hati yang tlah lma ku pndam dan ku biarkan ia berkubu dalam hati hingga kni ku kalah,aku ggal untuk biarkan ianya trus berkubu dalam hti yg hmpir mti dek kerana cinta yang hmpir membunuh. aku sememangnya seorang prempuan yg brjiwa kental,sabar dan tabah dlm tiap-tiap ujian yg ku tmpuh.Aku percaya brkat ksabaran aku selama ini akan membuahkan hsil suatu hri nnti.Tapi aku silap,aku silap mmbuat prhitungan sehingga aku terasa diri ini maha bodoh krana bri pluang pada orang yang tak prnah kesal dgn apa yg terjadi selama prhubungan ini terjalin.Hari ini jnji, minggu depan buat lgi,Esok jnji bulan dpan prkara sama yg jadi!

Biar aku jelaskan satu persatu sebab ku minta hubungan ini berakhir disini. Cukuplah Setahun 5bulan aku brsabar dgn tindak tnduknya yg kdang2 membuatkan aku benci. Kau baca baik-baik dan kau muhasabah balik diri kau supaya kau tak ulangi dengan psangan kau akan datang! Aku minta hubungan ini diputuskan kerna aku dah pnat bersabar dah penat butakan mta dan hti aku bila tngok gmba kau dgn perempuan-perempuan yg sekali bekerja dgn kau. Kalau setakat 2 3 kali aku tak heran, tapi dah brapa bnyk kli aku tipu hati n perasaan aku sendiri? Cuba kau kira gmbar kita brdua brbanding gmbar kau dgn mereka? Sebab lain, kau sibuk, busy dgn semua kerja kau yg tak prnah hbis tu sampai aku sendiri,awek kau ni kau abaikan. Hari lahir kau baru-baru ni, aku tahu aku tk mmpu untuk hdiahkan benda yg mhal2 untuk kau.Jadi aku buat sndr supaya kau boleh simpan dan ingat sampai bila2. Dan tak terlintas pun di bibir kau nak celebrate hari lhir kau dengan aku.Tapi aku dapat thu yng engkau celebrate bfday kau dgn kerani dan rakan sepejabat kau. Bahagianya kau waktu itu.Aku rasakan,engkau lbih bhagia dan selesa brsama mereka dari dgn aku.Rapat betul kau dgn Krani bru tu ye. kau tka password fb dengan tiba2. kau cakap tkdepape kau saje tuka, tp aku tak rsa semua ni saja2.mesti ade sesuatu yg aku tk thu. tpi tkpelah.

Kita dah tkde pape dah skrg.Ini cma luahan hti aku yg bru suku aku ceritakan.Banyak lg sebenarnya,Tapi biarlah kau tahu yg ini je sbb ini pun dah buat hati aku mati. Terima kasih untuk sweater polo yg engkau beri, terima kasih untuk bear hello kitty yg aku bawa tidur hingga kini, terima kasih untuk 2 rantai yg kau hadiahkan pada aku dgn ukiran nama kau di buah rantai itu, terima kasih untuk ubat migrain yg engkau belikan untuk aku ketika aku migrain dulu. Terima kasih untuk topup kan aku selama ni walaupun semenjak ini dah tak dah. Terima kasih untuk setiap wang ringgit yg kau habiskan semata-mata untuk aku yg tak reti menghargai ini. Terima kasih untuk setiap waktu yg telah kau bazirkan untuk aku hingga engkau dah kurang waktu dgn aku skrg. Dan Terima Kasih untuk segala-galanya! Aku redha jika kau bukan jodohku.

Perjalanan aku masih jauh. Bnyk lagi yg perlu aku tahu, yg perlu aku timba. Perginya aku dari hidup kau semoga semuanya kembali seperti dulu. Seperti dulu maksud aku sebelum kita kenal dulu. Moga Allah sentiasa lindungi kau dari segala mara bahaya. Aku harap hidup kau lebih tenang lepasni tanpa aku.

Ikhlas dari hati,
Fatihah Fairuddin

Thursday, August 16, 2012

Harini penuh dgn senyuman palsu.

Assalamualaikum....
Lama betul kan saya menyepi?Lama betul kan saya menghilangkan diri?Lama betul kan saya tinggalkan dunia blog?Ya. Lama betul. Mungkin ini semua atas faktor kesebokan dgn kerja-kerja.Sampai takde masa lansung nak berblogging. 

Tapi harini entah kenapa hati ini berbisik suruh update blog.Mungkin kerana hati kurang senang.Hati sedih.Hati pilu.Kesian dgn hati saya.Kalau boleh,Tiap-tiap hari dia akan sakit.Setiap hari ada je luka baru yg menghiris padahal luka lama tu pun belum sembuh.Mohon hati saya sabar dan teruskan bersabar.Orang sabar ni Allah sayang. 

Harini,Banyak betul senyuman palsu yg saya ukirkan pada orang dalam rumah ni. Pandai betul saya berlakon buat-buat okay.Buat-buat takde masalah. Buat-buat saya lah orang paling gembira di dunia ni. Padahal, Saya sedang berduka. Ya! Saya sedih. Sedih sgt. Dah taktau dah apa yg akan jadi pada hubungan ini kelak. Punah ke? Hmm Tuhan je yang tahu. Kerna Dia itu sebaik-baik perancang! 
Saya rindu dia. Dari awal pagi saya tunggu sampai sekarang ni lansung satu message pun tak di tinggalkannya. Satu misscall pun tak masuk dalam fhone saya. Saya tak faham kenapa. Nak dikata takde kredit, Kenapa saya call awak pun awak tak angkat? Pelik. Mungkin harini awak betul-betul nak tinggalkan saya kot? Entahlah. Saya serah semua ni pada Tuhan. Saya redha dgn apa je yg akan jadi dalam masa terdekat ni. 

Memang betul ya,Kalau kita ikhlas maafkan dia. Bahagia itu akan datang dgn sendiri tanpa kita cari dan tanpa kita minta. Saya cuba! Saya akan cuba maafkan segala kesilapan awak yg awak buat pada saya. Takk semua orang kuat, tabah dan berjiwa kental dan ia termasuklah juga AKU! Mmg kadang-kadang aku nampak releks,cool dan kuat untuk semua ni tapi bila sekali hati ini menangis dan tak mampu buat apa-apa, Maksud aku buat itu tak boleh, Buat ini tak boleh dan itu sebabnya aku penat. Aku dah letih dgn semua ni. 

Tuhan tu adil. Adil sangat. Sekejap dia beri derita. Sekejap dia beri bahagia. Itu sebab dia nak uji tahap kesabaran hamba dia. Bagi aku, Aku je yg boleh rasa semua tu skrg sebabnya aku sorang je yg tengah hadap benda ni. Setiap hari ada je benda yg tak kena. Terjadinya perbalahan antara kami sampai aku sendiri maki dia tanpa aku sedar. Dan bila dah sedar sungguh aku rasa tak patut betul buat mcm tu. Tabahnya dia melayani perangai aku. Tabahnya dia berhadapan dgn perempuan mcm aku. Bagi aku, antara aku dan dia mungkin hati dia lebih banyak terguris kerana perbuatanku. Aku selalu sangat pikir negatif pada dia. Selalu sgt marah tak tentu pasal. Ya! Dia pun kata dalam diri aku penuh dgn emosi dan aku lebih suka bertindak mengikut perasaan dan buat keputusan tatkala kemarahan sedang bermaharajalela tanpa memikirkan lansung hati dia yg terluka kerana aku. Sungguh aku tidak patut.

Dengan kesempatan masa yang ada ni aku dengan penuh rasa bersalah memohon maaf pada dirimu kerana telah banyak menyusahkan dirimu. Terima kasih untuk semua barang&hadiah yg awak beri pada saya. Saya harap itu semua ikhlas. Ikhlas dari hati. Saya takkan buang semua tu. Lebih-lebih lagi bear HelloKitty yg awak beri tu. Tiap-tiap hari dia teman saya tidur. Hmm :-( Kalau benar hubungan ini berakhir disini, Ku harapkan dirimu berbahagia selalu tanpa aku. Ku harapkan aku dapat lihat pengantiku dalam masa terdekat ini supaya aku tak susah hati sebab ada orang lain yg akan ganti tempat aku. Yg akan kejut kau kalau kau tidur lama. Yg akan selalu nasihatkan kau. Semoga suatu  hari nanti kebahagiaan yg kau jumpa selama ni kau akan jumpa. Aku tahu kau lansung tak bahagia dgn aku. Aku mohon maaf tak dapat bahagiakan kau. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat awak yg saya sayangi. 
Yg terakhir buat saya adalah Awak.....
Mohd Afandy bin Mazlan. 

With love,
Fatihah Fairuddin

Tuesday, June 12, 2012

ini semua kehendak Allah.

Assalamualaikum, Selamat sejahtera kepada semua perempuan yg sedang bersorak gembira dan bahagia disaat aku sedang berduka semalam, hari ini dan esok mungkin tidak. Saya nak cuba jadi perempuan yg kuat, kuat tempuh segala dugaan, kuat walaupun org cuba nak jatuhkan saya dr pelbagai sudut, kuat dari segi segala-galanyalah! Saya nak cuba kuat mcm ibu. Saya nak cuba jdi perempuan tabah mcm ibu. Saya nak cuba jadi perempuan yg berjiwa kental mcm ibu. Pokok pangkalnya, apa yg saya rasa skrg ni baru sikit. Saya tahu ibu dah rasa lebih dari itu. Tuhan, terima kasih hadirkan ibu yg sebaik-baik ibu kepada saya.

Dalam hidup ini, cuma ibu dan ayah yg lebih faham saya! Saya taktahu org lain mcm mana. Faham saya ke tak ke, Entahlah. tapi kalau ada segenap manusia yg faham akan diri ini yg serba kekurangan ini, terima kasih! sayang kamu.

entah kenapa sejak saya lihat gambar tu, saya rasa mcm hati ni dah kosong! saya rasa mcm nak marah pun dah takda guna. selama ni pun, saya marah, saya maki hamun awak sekali pun. berbulan2 paling kejam berminggu2 selepas kejadian ngeri tersebut, perkara yg sama jadi balik. cuma kadang2 bezanya, gambar dgn perempuan yg berbeza! bila termenung seorang diri mengenangkan keadaan mcm ni rasa mcm kelakar pun ada. kata sayang, tp perbuatan tak pernah tunjuk pun awak syg saya? cuma dari kata-kata yg keluar dari bibir awak. kalau sayang, kalau nak jaga hati saya, saya rasa gambar tu takkan muncul. dahlah, benda dah jadi. saya malas nk bising-bising dah. malas nak ungkit-ungkit lagi. sekarang ni. engko hal engko. aku hal aku.

sebab facebook je hubungan boleh hancur, boleh berkecai. saya tahu banyak dari facebook. nak tunggu awak jujur dgn saya entah bila kan. bila facebook yg bgtahu, dan saya yg lihat sendiri, lagi perasaan marah, geram, benci ni membuak2 lah. letih saya dgn perangai tak matang semua ni.

ini untuk engko,
saya tahu, lepas semua org tahu yg saya dan awak dah takda ape-ape dah, ramai yg bakal bersorak gembira! terutamanya, perempuan-perempuan energy tu lah. saya tahu tu. pasal apa engko nak tahu? pasal kebanyakan perempuan-perempuan tu hati kotor, hati longkang! tak boleh tgk org bahagia. celaka sungguh!

awak teruskan hidup awak tanpa saya ya. awak mulakan hidup baru awak tanpa saya. jangan cari awak disaat awak perlukan org untuk dngar semua masalah awak mcm mana awak selalu cari saya dulu. masa susah saya lah cinta awak. masa awak senang, hadiah gambar dgn pmpuan lain yg awak selalu bg pada saya.

entahlah. taktau nk cakap ape dah. bye

Sunday, June 3, 2012

Selamat Ulangtahun yg Pertama duhai sayangku.

Saya kepilkan gambar dulu untuk entry malam ni. Saya mengantok. Esok saya update. Itu pun kalaau rajin. Jgn tunggu saya! Kalau awak tunggu merana lah hidup awak. Assalamualaikum. Dan Selamat Ulangtahun Untuk Anak Tuan Mazlan. Sayang kamu! 

Thursday, May 24, 2012

Terima kasih sayang.

Masa perasaan berkucar kacir lari bertempiaran ni lah sgt sesuai untuk update blog. Sesuai sangat dengan situasi ni. Ya! Sangat sesuai. Susah nak faham keadaan sekarang ni. Aku dah cuba taknak gadoh-gadoh. Aku dah cuba cakap baik-baik ape yg aku tak suka. Tp akhirnya, Facebook bagitau semua. Facebook bagitau segala-galanya! Takde ape yg boleh disorok lagi. Aku nampak depan mata aku sendiri. Bukan orang lain yg bagitau. Tak sakit hati ni? Jangan tanya. Tuhan je yg mengerti hati ni macam mana. Mengalir air mata tengok semua tu. 

Tak sangka dia yg aku sayang, Yg aku cinta, Yg aku percaya! Tapi akhirnya aku tahu yg dia berdusta. Aku fikir kau segalanya, Aku fikir kau yg terbaik. Aku fikir apa yg kau cakap selama ni mmg ikhlas dari hati. Tp cuma dusta belaka. Aku tak sangka! Kenapa tipu? Sebab taknak gadoh? Lagi? Apa alasannya? Oh, Sebab orang paksa? Atau alasan lain, Saja syok-syok. Tercabar sgt aku rasa sekarang. Sayang, Kalau benar kau cinta, Kalau benar kau sayang, Gambar tu takkan wujud. Gambar tu aku takkan tengok sampai buat aku nangis. Silap lah aku jatuh cinta dgn kau. Sepatotnya aku cermin dulu diri aku. Aku taknak salahkan sesiapa. Biar aku salahkan diri sendiri. 

Perkara ni bukan baru kali ni jadi, Bukan baru kali ni aku nampak dgn mata sendiri gambar kau dengan perempuan itu perempuan ini. Dah banyak kali. Tapi aku sabar. Aku tetap bagi kau peluang. Tapi kau sia-sia kan semua peluang yg aku bagi. Kau buat aku main-main. Hati ni tiap-tiap kali jadi mcm ni selalu sabar. Kesian kat hati aku. Maafkan aku hati. Aku tak patut buat kau mcm ni. 

Afandy. Maafkan aku kalau aku terpaksa untuk tidak angkat setiap call kau, Tak balas setiap msg kau. Sebab aku rasa cukup terhina harini. Aku rasa mcm dipermainkan pun ada jugak. Maafkan aku. Kau jangan cakap kau sayang aku kau cinta aku. Kau penipu! Kau boleh pergi kat mana-mana perempuan yg kau suka. Banyak persoalan yg bermain dalam fikiran aku sekarang. Aku dah buntu. Kau memilihku atas dasar ape sebenarnya? Kerna cinta? atau cuma pelepas sepi lepas kau dah putus dulu? 

Waktu bersama dgn kamu, Banyak kenangan yg kita cipta bersama. Banyak janji-janji kau pada aku. Yg paling aku ingat dan takkan aku lupa ungkapan syahdu yg kau ucap ''Aku takkan kehilangan kau". Tp janji tu semua nya palsu kot? Ke cumma nak sedapkan hati? Bila kau bosan kau cari aku.  Aku kene ade setiap masa. Tp bila kau tak bosan, Luka yg kau bagi pada aku. Adil ke? Susah payah kite jaga hubungan ni, Dah nak dekat setahun dah pun. Lagi  berapa hari je. Tp senang-senang kau cuba nak hancurkan? Kau tak patut! Sia-sia aku bina istana cinta Fandy&Fatihah(walaupun tak nampak istana nya) andai ade insan  lain dalam hati kau. 

Banyak kali kau cakap, Kau ikhlas cintakan aku. Kau siap janji, kau akan setia dengan aku. Masa awal percintaan dulu, Cukup indah hidup kita. Tapi sekarang. Entahlah. Takpaham dah dgn semua ni. Assalaamualaikum.


Aku nak menghilang. Jangan cari aku! Bye

Wednesday, May 16, 2012

Ini untuk kamu. Baca baik-baik.

Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.


Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.
Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang.
Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat.
 Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Awak jangan nangis baca ni. Jangan!!!!! Saya mohon awak fikir semua ni baik-baik. Afandy Mazlan :-) 

Tuesday, May 15, 2012

Saya nak post sesuatu malam ni. Tunggu! Post kali ni benar-benar serious.......... 

Aku takperlu kekasih hati lagi. Cukup Allah peneman setia aku 24/7! Aku dah fedup... 
Maafkan aku. Assalamualaikum!